Home » » Janji palsu!

Janji palsu!

Tuke Tulih Admin pado Sunday, February 24, 2013 | 8:05 PM

Alor Setar: Lima atlet angkat berat Kedah yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Pahang, tahun lalu menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya segera melunaskan ganjaran RM33,000 seperti yang dijanjikan.
Mereka mendakwa Azizan pernah berjanji memberi ganjaran RM3,000 bagi atlet yang mendapat pingat emas manakala perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000) ketika menyerahkan bendera kontinjen sebelum berlepas ke Pahang.


Seorang daripada atlet terbabit, Mohammad Dinie Akmal, 19, yang mewakili Kedah pada 2008 dan 2010 berkata, dia kesal kerana hingga hari ini janji kerajaan negeri belum lagi tertunai, dan masih berdalih setiap kali atlet bertanya mengenai bayaran itu.

Mohammad Dinie berkata, dalam temasya berkenaan skuad angkat berat muncul pasukan terbanyak menyumbangkan pingat kepada kontinjen negeri dengan membawa pulang tujuh emas, lima perak dan dua gangsa.

"Saya berlatih hampir setahun membuat persiapan menghadapi temasya itu dan sudah tentu gembira kerana berjaya memenangi dua emas menerusi acara snatch dan clean and jerk kategori 62 kilogram (kg).

"Sebagai manusia biasa, sudah tentu saya seronok apabila Menteri Besar berjanji untuk memberiganjaran kepada kami jika berjaya membawa pulang pingat," katanya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger