Home » » Ikrar Integriti Pilihanraya - pembangkang dah takut

Ikrar Integriti Pilihanraya - pembangkang dah takut

Tuke Tulih Admin pado Sunday, February 24, 2013 | 9:24 PM

Inisiatif Transparency International-Malaysia (TI-M) dalam menyediakan Ikrar Integriti Pilihanraya adalah satu cara yang efektif dalam menilai komitmen calon-calon pilihanraya untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini juga dilihat sebagai satu ukuran akauntabiliti para pemimpin yang mana akan dinilai oleh rakyat Malaysia sendiri. Apabila seseorang calon itu telah berikrar, nama mereka akan dipaparkan dalam laman sesawang TI-M lengkap dengan pautan kepada maklumat mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah menyahut seruan ini dengan menandatangani ikrar tersebut semalam, seterusnya membuka jalan buat ramai lagi calon-calon Barisan Nasional lain untuk berbuat demikian. Persoalannya sekarang, setakat manakah Ikrar Integriti Pilihanraya mampu mempengaruhi calon-calon dalam berkempen dan seterusnya dalam mereka mentadbir sekiranya dipilih?
 
TI-M menekankan agar ikrar ini ditandatangani oleh calon-calon itu sendiri bukan oleh parti-parti politik yang akan bertanding. Rasionalnya, individu-individu yang berikrar ini memikul tanggungjawab sosial untuk mematuhi sepenuhnya setiap perkara yang terkandung dalam Ikrar Integriti tersebut.
 
Ikrar Integriti Pilihanraya oleh TI-M menzahirkan dengan ringkas tentang peri-pentingnya memerang gejala rasuah, mentadbir urus dengan baik serta mendukung integriti. Pada pendapat saya ikrar ini adalah sebagai penambahan kepada apa yang telah diperincikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Akta Pilihanraya 1954 dan juga Akta Kesalahan Pilihanraya 1958.
Apabila seseorang calon itu diterima permohonan mereka untuk bertanding, mereka wajib mematuhi peruntukan akta-akta tersebut dengan tegas. Akta-akta tersebut telah menggariskan secara terperinci panduan buat calon-calon pilihanraya dalam setiap langkah mereka sehingga ke tarikh pembuangan undi.
 
Calon-calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam PRU13 juga telah ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC). Ini pastinya satu langkah yang wajar dipuji. Perdana Menteri telah memastikan calon-calon yang terbaik dan bersih sahaja yang akan bertanding. Setakat mana keberkesanan Ikrar Integriti Piliharaya ini masih lagi belum terbukti dan bergantung sepenuhnya di atas pengikrar-pengikrar tersebut, namun begitu langkah Perdana Menteri memulakan langkah ke hadapan ini haruslah kita puji dan sokong.
Melihat kepada keperluan semasa dalam dimensi politik mutakhir ini, ikrar ini boleh dijadikan satu titik rujukan simbolik dalam memaparkan akauntabiliti para pengikrar. Semoga dengan komitmen Perdana Menteri dan calon-calon pilihanraya Barisan Nasional untuk berikrar ke arah pilihanraya yang bersih dan adil ini dapat melonjakkan lagi amalan demokrasi yang sihat di negara kita ini.
 
"Calon-calon BN dan parti-parti komponennya telah pun melalui proses saringan bersama MACC, maka amat bertepatan untuk mereka bawa komitmen mereka terhadap pilihanraya yang bersih dan adil setapak lagi ke hadapan dengan menandatangai Ikrar Integriti Pilihanraya ini," ujar Perdana Menteri selepas menandatangani ikrar tersebut di Putrajaya semalam.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger