Kuala Lumpur: Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungan menegur atau mengkritik badan induk itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan 'ramai kawan' yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.
Pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya, termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk itu, boleh mengundang perasaan jelek peminat bola sepak tempatan terhadap FAM. "FAM harus bersifat terbuka menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhi hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari nanti semua orang jemu dengan tindakan FAM.
"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini dan bukan sibuk menjatuhi hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhi hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuat penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.
"FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan peminat. Bola sepak adalah milik masyarakat dan bukan milik FAM.
"Dan kita tunggu penuh minat apa keputusan FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia yang dikatakan lemah," katanya.
Pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya, termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk itu, boleh mengundang perasaan jelek peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.
"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini dan bukan sibuk menjatuhi hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhi hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuat penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.
"FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan peminat. Bola sepak adalah milik masyarakat dan bukan milik FAM.
"Dan kita tunggu penuh minat apa keputusan FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia yang dikatakan lemah," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment