Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.15 peratus untuk 13.42 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun. Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata berkata kadar dividen itu adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding enam peratus yang dibayar pada 2011.
Katanya, KWSP turut mencatat rekod baru pembayaran dividen berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada pencarum KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM27.45 bilion itu diperoleh selepas ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
"Pada 2012, KWSP telah mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion, ia meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.
Kekal momentum
"Walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Samsudin berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan lebih stabil.
Katanya, pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur.
Beliau berkata, walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.
Jana ROI 10.06 peratus
"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya.
Samsudin berkata, bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar.
"Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta," katanya.
Setakat 31 Disember 2012, aset pelaburan KWSP berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment