Home » » Datum Jelatek - Alkisah

Datum Jelatek - Alkisah

Tuke Tulih Admin pado Monday, February 25, 2013 | 1:38 AM

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor terus membuat kejutan demi kejutan dengan pelbagai konflik dalaman yang melanda pertubuhan itu serta pengumuman projek tidak masuk akal sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan Selangor pada 2008.

Terdahulu pergolakan PKNS berlaku apabila buat kali pertama dalam 44 tahun penubuhan kesatuan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melantik dari kalangan bukan Melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar pertubuhan tersebut. Lantikan ini mendapat pelbagai bantahan dari ramai pihak terutama rakyat selangor.

Di tambah dengan pengumuman pelbagai pembangunan kondominium mewah seperti projek kondominium Dolomite Park Avenue yang berhampiran di Batu Caves dan Datum Jelatek di kawasan Melayu Lembah Keramat yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana yang turut mendapat bantahan berikutan tapak Datum Jelatek telah dijanjikan untuk tujuan pembangunan projek rumah mampu milik tetapi berlaku sebaliknya.



Projek ini Datum Jelatek diumumkan oleh Menteri Besar sendiri pada 9 Februari 2010 dan Azmin Ali pada ketika itu masih menyandang jawatan sebagai Pengerusi PKNS sehingga beliau meletakkan jawatannya pada 23 Jun 2010.
Tambah menyedihkan pembangunan dibawah seliaan PKNS itu bukannya untuk warga tempatan tetapi bagi rakyat asing yang jelas tidak dialu-alukan oleh penduduk setempat. Tambahan pula, Azmin juga merupakan Ahli Parlimen Gombak di mana lokasi Datum Jelatek terletak di DUN Ampang yang berada di bawah jajahannya.

PKNS dilihat sebagai 'membunuh' warga tempatan khususnya rakyat Selangor sendiri apabila dua dari empat blok (Tower A & C) telah dijual kepada syarikat Singapura melalui agen pemasaran Datum Jelatek, ERA International Real Estate ketika pameran projek tersebut di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sand, Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 yang turut dihadiri Pengurus Besar PKNS Othman Omar.
Dalam pada itu, pemaju bersama projek Datum Jelatek, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd  menyatakan Podium tapak perniagaan setinggi empat tingkat yang dikenali sebagai Datum Hall termasuk Pejabat Suite di khaskan bagi pelabur Singapura sahaja. Lagi Selanjutnya KLIK DISINI
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger