KUALA TERENGGANU - Akademi Bola Sepak Peteh Kids Terengganu (ABPKT) yang disertai lebih 200 kanak-kanak akan dilancarkan esok oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di padang Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Batu Buruk.
Pengarah ABPKT, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata akademi bola sepak swasta pertama di Terengganu itu dikendalikan seorang jurulatih yang mempunyai lesen kelas B Persatuan Bolasepak Malaysia dengan dibantu enam penolong.
Ia mengenakan yuran bulanan RM35 seorang dengan latihan dua kali seminggu pada Jumaat dan Sabtu mulai pukul 8 hingga 11 pagi

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment