Home » » Royalti: Kelantan fail injunksi halang Petronas

Royalti: Kelantan fail injunksi halang Petronas

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, January 22, 2013 | 4:37 PM

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Malaysia.Kerajaan Kelantan memohon injunksi bagi menghalang Petronas daripada membayar kepada kerajaan Malaysia royalti yang jumlahnya bersamaan dengan lima peratus nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di pantai dan di luar pantai negeri Kelantan yang dijual oleh Petronas, atau ejen-ejennya sehingga keputusan kes saman yang difailkan kerajaan negeri itu terhadap Petronas pada 2010.
   
Permohonan itu difailkan melalui Tetuan Tommy Thomas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai
defendan.
   
Dalam permohonannya kerajaan Kelantan juga memohon suatu injunksi memaksa Petronas memasukkan wang royalti itu dalam sebuah akaun berprinsipkan syariah yang beroleh keuntungan dikendalikan oleh Petronas tetapi dengan pendedahan penuh kepada plaintif (kerajaan Kelantan) sehingga perintah lanjut dibuat mahkamah dalam kes saman itu.
   
Plaintif juga memohon suatu injunksi yang memaksa Petronas untuk menyediakan satu akaun yang menyenaraikan semua bayaran tunai royalti itu sebelum ini yang dibuat olehnya (Petronas) kepada kerajaan Malaysia.
  
Permohonan itu turut disertakan dengan afidavit Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa yang turut hadir ke mahkamah hari ini.
   
Pada 30 Ogos 2010 kerajaan Kelantan menfailkan saman perlanggaran kontrak terhadap Petronas.
   
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.
   
Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.
   
Perbicaraan kes saman itu di Mahkamah Tinggi yang ditetapkan pada 31 Jan ini ditangguhkan sementara menunggu rayuan berhubung permohonan dalam kes saman itu di Mahkamah Persekutuan.  - Bernama
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger