Nilai: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan mengenai jumlah bayaran tebus kontrak yang perlu dibayar oleh bekas penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha.
Sambil menyatakan tidak mahu lagi menyebut mengenai perkara itu, Annuar berkata KAFA mahupun FAM belum bermesyuarat bagi memutuskan soal tebus kontrak Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.
Sambil menyatakan tidak mahu lagi menyebut mengenai perkara itu, Annuar berkata KAFA mahupun FAM belum bermesyuarat bagi memutuskan soal tebus kontrak Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.
"Tak betul kata FAM buat keputusan, kita baru hendak buat mesyuarat. Soal jumlah RM400,000 atau RM250,000 itu belum lagi diputuskan," katanya di hadapan Kelab Penyokong The Red Warriors KLIA, di Dataran Doraymee pada sesi meraikan pasukan Kelantan yang beraksi pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, semalam.
Annuar turut menafikan bahawa penyerang muda dari Australia, Dimitri Petratos bakal mengikut jejak Mat Yo meninggalkan pasukan Kelantan.
Menurutnya, tumpuannya kini adalah untuk memantapkan barisan pasukan itu untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Malaysia musim ini.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment