Home » » Depan Mata: Shila kongsi pentas dengan PSY

Depan Mata: Shila kongsi pentas dengan PSY

Tuke Tulih Admin pado Sunday, January 27, 2013 | 7:05 AM

Siapa sangka, langkah ayahnya menghantar anak perempuannya ke sekolah Cina kini membuahkan hasil lumayan. Nyata kemahiran bertutur bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada Shila Am- zah, 23, apabila dirinya kini mengukir nama di China.
Segala-galanya bermula apabila Shila menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 20 September tahun lalu. Hadiah menanti Shila ialah RM5 juta.

Mungkin ia membuatkan ramai terbeliak biji mata tetapi jumlah itu bukan diberikan kepada Shila seorang, sebaliknya berkongsi dengan pemenang kedua dan ketiga dan ia dijadikan dana untuk mengembangkan kerjaya seninya selama enam tahun di negara Asia.
Pelbagai perancangan menanti Shila seperti rakaman album dan undangan menyanyi. Sejak itu, Shila berulang alik ke China untuk menjayakan undangan menjayakan persembahan.

Antaranya, dipilih sebagai artis membuat persembahan pembukaan di konsert Eric Moo, penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia yang mengukir nama di China. Shila juga bakal berkolaborasi dengan Wang Leehom untuk albumnya nanti.

Pada 29 Januari ini, Shila akan ke Shanghai menjayakan satu konsert dan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, PSY yang mencipta kejayaan besar melalui lagu Gangnam Style.
Bertemu ibu Shila baru-baru ini, nyata dia tetap merendah diri dan tiada riak di wajah atas kejayaan besar anak sulungnya. Katanya, syukur dengan rezeki Shila sejak menang di China.

"Setakat ini sudah dua kali Shila ke Shanghai menjayakan persembahan dan kunjungan ketiga pada 29 Januari ini lebih bermakna apabila Shila bakal berkongsi pentas dengan PSY. Alhamdulillah, rezeki Shila nampaknya mencurah-curah sejak tahun lalu," katanya.
Ibunya juga menafikan Shila kini jual mahal tetapi katanya, 90 peratus daripada undangan persembahan untuk Shila dari syarikat korporat Cina dan mereka bersetuju dengan harga diberikan tanpa banyak soal.

Sebagai juara Asian Wave 2012, Shila juga dicalonkan untuk Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Dunia Terbaik di World Music Awards 2012 yang dijadualkan berlangsung 22 Disember tahun lalu di New York, Amerika tetapi ditunda 8 April depan. Shila dijadualkan berduet dengan Jennifer Lopez dan Justin Bieber dalam acara itu tetapi apakan daya, ia dibatalkan.

Semua kejayaan ini bukan muncul di depan mata Shila dalam sekelip mata kerana perjuangannya dalam seni bermula sejak usia 10 tahun.

Bapanya gigih berjuang untuk ketengahkan bakat anaknya hingga sanggup keluar belanja sendiri untuk buat album.

Pada 2000, Shila menjadi artis EMI dan merakamkan album Yang Teristimewa. Pada 2007, Shila menyertai program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2) dan berjaya menjadi naib juara.

Kemudian pada 2008, Shila mewakili Malaysia ke pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 di Pulau Pinang bersaing dengan penyanyi luar negara. Shila menang dua anugerah, Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.

Muncul dengan album Bebaskan pada 2009 bersama Monkey Bone, ia menjadi salam perkenalan daripada Shila, diikuti album 3 Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor pada 2010.

Ternyata bintangnya mula bersinar dan masyarakat mula membuka mata terhadap kehadirannya menerusi lagu Beribu Sesalan, kemudian disusuli singlenya, Patah Seribu.

Lagu Patah Seribu juga ciptaan Shila berjaya memecahkan tembok cermin yang menjadi penghalang untuknya terus melangkah jauh.

Sejak itu, satu demi satu kejayaan diukir Shila atau nama sebenar, Nur Shahila Amir Amzah yang dilahirkan pada 13 Ogos 1990.

Apabila Shila berusia lima tahun, bapanya menghantar Shila ke tadika Cina, kemudian Sekolah Lee Rubber di Gombak tetapi hanya bertahan sehingga darjah dua.

Ibu Shila mengakui rejim yang terlalu menekankan akademik membuatkan anaknya sering menangis dan enggan ke sekolah hingga memaksa ayahnya memindahkan Shila ke sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, ayahnya menekankan pentingnya bahasa Inggeris dan Mandarin. Apabila di sekolah menengah, Shila memilih untuk bergaul dengan pelajar bukan Melayu supaya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan mereka.

Nyata apa yang dipelajari dulu, baru kini digunakan dengan menyanyikan lagu Mandarin. Ternyata ia membuahkan kejayaan dan dia kini diterima baik masyarakat di China. Ke mana-mana Shila pergi, orang mengenali dirinya.

Sebelum ini, industri seni berbangga dengan Siti Nurhaliza dan turut berjaya menambat hati masyarakat Cina di Tanah Besar China dan juga Taiwan.

Bagaimanapun, Siti lebih dulu mengukir nama besar di negaranya dan di negara jiran Indonesia sebelum melangkah ke China, berbeza dengan Shila.

Gelombang Shila bermula di Shanghai, kemudian baru orang kita mula membuka mata terhadap bakat dimiliki. Tahun ini, Shila bakal muncul dengan album di China dan album solo Melayu.

Kejayaan Shila seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana mampu membina jambatan hingga ke China. Mungkin juga Shila mampu menjadi penghubung kepada masyarakat Cina di negara kita untuk menghargai bakat anak seni kelahiran Malaysia, sekali gus menjalin semangat muhibah masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Semoga kejayaan Shila tidak direnggut sekelip mata dengan kontroversi yang boleh membunuh kerjaya seninya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger