Home » » Cara semak daftar pemilih pru13

Cara semak daftar pemilih pru13

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, January 15, 2013 | 8:19 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menasihati orang ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak maklumat pendaftaran bagi memudahkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga September tahun lepas terdapat 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara.
 
Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan melalui telefon di talian 03-8885 6565 pada waktu pejabat, menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
Katanya pemilih juga boleh menulis surat ke SPR atau hadir sendiri ke ibu pejabat badan itu di Putrajaya atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri.
 
"SPR berharap pemilih berdaftar dapat membuat semakan bagi memastikan maklumat pendaftaran mereka tepat supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Kamaruddin berkata jika terdapat kesilapan berhubung maklumat pemilih, mereka boleh terus menghubungi pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Katanya maklumat seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor rumah termasuk kes melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih boleh dibetulkan SPR dalam tempoh singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger