Home » » Bakal pengantin disyarat buat akuan sumpah

Bakal pengantin disyarat buat akuan sumpah

Tuke Tulih Admin pado Saturday, January 12, 2013 | 6:27 PM

New Delhi: Pasangan yang mahu mendaftarkan perkahwinan di barat daya New Delhi akan diminta membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melakukan ujian mengenal pasti jantina anak di dalam kandungan, bermula bulan ini.

Inisiatif ini dikemukakan jawatankuasa penasihat daerah dalam usaha menghalang pengguguran janin perempuan.
Pada mesyuarat yang dipengerusikan timbalan pesuruhjaya Vikas Anand minggu lalu, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk mewajibkan semua wanita hamil memberikan alamat dan salinan kad pengenalan ketika mendaftar di hospital bagi memastikan kelahiran direkodkan dengan tepat.


Nisbah tak seimbang

Setakat ini kawasan barat daya New Delhi mempunyai nisbah jantina paling rendah iaitu 836 perempuan berbanding 1,000 lelaki ketika bancian 2011 dijalankan.

Aktivis Pusat Penyelidikan Sosial (CSR) Ranjana Kumari, berkata realiti masyarakat sudah berubah dan ibu bapa perlu faham bahawa anak perempuan kini menanggung keluarga, berkerjaya dan diberi taraf sama di dalam keluarga.

"Jika mereka tidak diletakkan pada tempat yang betul, keganasan rumah tangga akan meningkat," katanya. - Agensi
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger