PETALING JAYA - Khairul Fahmi Che Mat berpeluang untuk merampas semula posisi penjaga gol No. 1 negara ekoran kecederaan Farizal Marlias yang belum pulih untuk mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari ini.Ketika sesi latihan semalam, Farizal hanya menjalani latihan ringan di luar padang berbanding Khairul Fahmi dan penjaga gol No. 3 negara, Norazlan Razali.
Namun, bagi Khairul Fahmi kecederaan yang dialami Farizal bukan jaminan posisi penjaga gol sudah pasti menjadi miliknya.
Menurutnya, persaingan tetap terbuka dalam mendapatkan kepercayaan jurulatih Datuk K.Rajagobal selain mahu lebih fokus bersama pasukan kebangsaan.
"Siapa yang bakal menjadi penjaga gol, itu tidak penting bagi saya kerana paling penting adalah pasukan itu sendiri.
"Sebagai pemain, saya perlu sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan daripada jurulatih," katanya ketika ditemui pemberita di padang wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sini, semalam.
Aksi kurang memberangsangkan Khairul Fahmi pada saingan Piala Suzuki AFF tahun lalu menyebabkan gelaran penjaga gol No. 1 negara beralih kepada Farizal.
Farizal yang mewakili Perak pada musim 2013, menunjukkan kualitinya tersendiri pada kejohanan dwi tahunan itu terutama ketika menentang Thailand dalam saingan separuh akhir apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya empat percubaan berbahaya melalui rembatan jarak jauh.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment