Home » » 749 orang sertai cabaran buru ular sawa

749 orang sertai cabaran buru ular sawa

Tuke Tulih Admin pado Sunday, January 13, 2013 | 4:33 PM

MIAMI, Florida – Seramai 749 orang menyertai cabaran memburu ular sawa Burma selama sebulan yang bermula kelmarin di Taman Negara Everglades Florida, Amerika Syarikat.Pihak berkuasa hidupan liar negeri Florida menawarkan wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM3,020) kepada para peserta yang berjaya membunuh ular sawa yang paling panjang.Wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM4,530) ditawarkan kepada peserta yang berjaya membawa ular yang paling banyak.
 
Ramai peserta itu menghadiri latihan tentang cara untuk mengendalikan haiwan tersebut yang diadakan pada waktu pagi di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Fort Lauderdale, Universiti Florida di Davie, dekat sini sebelum cabaran tersebut bermula.
Seorang peserta, Dan Keenan yang juga bertugas sebagai jurutera membawa pisau dan pistol sebagai persediaan untuk menangkap ular sawa Burma.
Ular itu boleh membesar sehingga enam meter panjang.
 
Pihak berkuasa hidupan liar tersebut berharap, bilangan ular sawa itu akan berkurangan bagi memulihara ekosistem di selatan Florida.
Beberapa saintis berkata, ular sawa itu hampir membunuh semua haiwan kecil seperti rakun di taman tersebut.
Lebih 1,800 ular gergasi telah ditangkap dan dibunuh di kawasan itu sejak tahun 2001 hingga 2011. – Agensi

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger