Home » » Syarikat mahu tawar penjelajahan ke bulan

Syarikat mahu tawar penjelajahan ke bulan

Tuke Tulih Admin pado Saturday, December 8, 2012 | 9:30 PM

WASHINGTON 7 Dis. - Dua bekas pegawai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), mendedahkan rancangan untuk menawarkan penerbangan ke bulan menjelang penghujung dekad ini, selepas 40 tahun manusia terakhir menjejakkan kaki di sana.
 
Bekas Pengarah Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA, Gerry Griffin dan bekas Ketua Saintis NASA, Alan Stern yang kini mengetuai Golden Spike Company, mahu mengambil bahagian dalam gelombang baru penerbangan swasta ke angkasa lepas.
 
Syarikat itu juga ingin membuka lembaran baru membolehkan manusia menjejakkan kaki semula di bulan selepas NASA menutup penerbangan tersebut ekoran kos yang tinggi.
Golden Spike Company menjangkakan, kos satu perjalanan pergi dan balik pengembaraan ke bulan akan melibatkan AS$1.5 juta (RM4.65 juta), harga hampir sama dengan program angkasa lepas NASA untuk menghantar robot ke sana.
 
Syarikat itu menjelaskan, pihaknya boleh mengurangkan kos dengan menggunakan roket sedia ada dan kapal angkasa lepas komersial.
Mereka merancang menawarkan penerbangan itu kepada negara-negara, individu dan badan korporat yang berminat menjelajah bulan.
 
Golden Spike merancang perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu dan mendedahkannya sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-40 pelancaran Apollo 17 yang merupakan misi terakhir ke bulan. - AFP
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger