Home » » Pathmanabhan ada masa bunuh

Pathmanabhan ada masa bunuh

Tuke Tulih Admin pado Monday, December 3, 2012 | 4:44 PM

SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.
Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.
Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya.
 
"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan.
Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.
"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan.

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger