Home » » Laporan polis dalam talian

Laporan polis dalam talian

Tuke Tulih Admin pado Thursday, December 27, 2012 | 4:41 PM

SABAK BERNAM 27 Dis. - Orang ramai dijangka boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui satu portal rasmi yang akan dilancarkan tahun depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Beliau berkata, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.Tambahnya, portal rasmi pelaksanaan sistem itu dirangka dan dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
 
"Sistem laporan secara dalam talian ini kita wujudkan selaras dengan penggunaan internet yang kini semakin meluas penggunaannya oleh segenap lapisan masyarakat.
"Dengan adanya sistem laporan ini, orang ramai tidak perlu lagi untuk pergi ke balai polis sebaliknya boleh membuat laporan di mana-mana sahaja mereka berada. Langkah ini akan menjimatkan masa," katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Daerah Sabak Bernam, Pekan Sungai Besar di sini hari ini.

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger