Home » » La Hot Spring jadi tumpuan jalani rawatan alternatif

La Hot Spring jadi tumpuan jalani rawatan alternatif

Tuke Tulih Admin pado Monday, December 3, 2012 | 3:04 AM

HULU BESUT - Air Panas La atau lebih dikenali La Hot Spring dekat Hulu Besut kini bukan sahaja terkenal sebagai pusat rekreasi terkemuka, tetapi didakwa menjadi tumpuan orang ramai menjalani pelbagai rawatan alternatif.
Pengurus Resort Air Panas La, Abdul Rani Ibrahim mendakwa air panas tersebut menjadi pilihan orang ramai menjalani rawatan alternatif.
Menurutnya, dahulu Air Panas La hanya dikatakan amat berkesan untuk merawat masalah kulit tetapi sekarang dikatakan dapat membantu merawat beberapa penyakit kronik yang lain.
"Keberkesanan rawatan adalah melalui kaedah mandi atau berendam dan minum air kolam air panas itu, selain kaedah lain termasuk solat hajat yang saya sendiri lakukan," katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Din.
Abdul Rani mendakwa, dia telah menjalankan rawatan penyakit kronik melalui terapi air panas semula jadi di situ sejak 1996 selepas mendapat petua rawatan melalui 'makhluk ghaib' di situ.
Katanya, dahulu tidak ramai mengetahui rawatan yang dijalankan di situ, namun sejak kebelakangan ini dia tidak menang tangan kerana boleh dikatakan setiap masa ada pesakit yang datang.
"Saya menjalankan rawatan hanya pada sebelah malam hari Isnin, Selasa dan Rabu termasuk pesakit perlu mandi dalam kolam air panas tersebut.
"Sebelum rawatan dijalankan, air takungan sedia ada dibuang terlebih dahulu untuk mengisi air baru yang keluar dari tiga mata air celah batu yang mengambil masa dua jam sebelum kolam dipenuhi air semula.

"Rawatan hanya berkesan dalam takungan air panas yang bersih dengan petua tertentu dilakukan," katanya yang juga Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) Hulu Besut.
Dakwanya, sehingga kini lebih 50 pesakit terutama pesakit jantung memaklumkan mereka telah pulih.

Abdul Rani berkata, air panas di situ juga selamat diminum, malah dikatakan lebih bersih daripada air galian berdasarkan kajian pensyarah sebuah universiti.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger