Home » » AES: 83 dihadap ke mahkamah

AES: 83 dihadap ke mahkamah

Tuke Tulih Admin pado Monday, December 10, 2012 | 5:30 PM

KUALA LUMPUR 10 Dis. — Seramai 83 pemandu yang gagal menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan Mahkamah Sesyen Sepang, dekat sini hari ini.
 
Sejumlah 58 daripada mereka dituduh di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad di Mahkamah Kajang sementara baki 25 orang didakwa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Fuzi di Sepang.
Daripada jumlah itu, 50 pemandu yang mengaku bersalah dikenakan denda antara RM300 dan RM350 seorang atau penjara 10 hari manakala bagi 20 lagi yang mengaku tidak bersalah, mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula.
 
Sementara itu, lapan pemandu lain memohon satu tarikh sebutan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Lima pemandu lagi dibebaskan dengan amaran selepas mahkamah mempertimbangkan rayuan mereka.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger