Home » » Lionel Messi gembira kekasih lahir anak pertama

Lionel Messi gembira kekasih lahir anak pertama

Tuke Tulih Admin pado Sunday, November 4, 2012 | 1:26 AM

BARCELONA: Teman wanita Lionel Messi semalam melahirkan bayi lelaki, anak pertama bintang bola sepak Barcelona dan Argentina itu.
Messi dan kekasihnya, Antonella Rocuzzo, menamakan bayi itu, Thiago.
"Saya adalah lelaki paling bahagia di dunia. Anak saya dilahirkan dan ia hadiah daripada Tuhan.

"Terima kasih kepada anggota keluarga saya yang memberikan sokongan kepada kami," kata Messi dalam Facebooknya.

Barcelona mengumumkan kelahiran itu menerusi laman webnya selepas ia dilaporkan oleh media Sepanyol dan Argentina dan disahkan oleh Messi.

Dalam wawangcara dengan akhbar Sepanyol, El Pais, sebelum ini, Messi berkata dia tidak sabar menunggu masa untuk menjadi bapa.

"Saya sudah bersedia dengan kehadiran Thiago. Ia amat menyeronokkan dan membuat anda berfikir secara lain. Anda tidak lagi hanya memikirkan diri anda," katanya. - DM
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger