Home » » Siswa tak layak terima BR1M 2.0

Siswa tak layak terima BR1M 2.0

Tuke Tulih Admin pado Monday, October 1, 2012 | 5:35 PM

Kuala Lumpur: Pejabat Menteri Kewangan semalam menjelaskan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.
 
Ringan kos beli buku

Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku pelajar dan membabitkan peruntukan sebanyak RM325 juta.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar semalam berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.

Bantuan kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan mereka layak menerima bantuan RM250. BERNAMA
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger