Home » » Samsung untung berganda

Samsung untung berganda

Tuke Tulih Admin pado Sunday, October 28, 2012 | 12:49 AM

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Anak syarikat Kumpulan Samsung, Samsung Electronics mencatat keuntungan bersih bagi suku ketiga tahun ini sebanyak RM18.1 bilion iaitu peningkatan mendadak hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
Naib Presiden Kanan Samsung, Robert Yi berkata, keuntungan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah firma teknologi besar dunia Korea Selatan tersebut.
 
"Sebelum ini, pada suku ketiga tahun 2011, syarikat mencatat keuntungan sebanyak RM9.39 bilion.
"Hasil jualan segmen telefon pintar sahaja telah menyumbang lebih separuh daripada jumlah keuntungan syarikat kami," katanya dalam kenyataan seperti disiarkan menerusi laman web syarikat itu di http://www.samsung.com/.
 
Menurut Robert, perolehan daripada segmen perniagaan telefon bagi suku ketiga tahun ini pula berjumlah RM72.8 bilion.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger