Home » » PERODUA tawar kereta murah untuk pelajar IPT

PERODUA tawar kereta murah untuk pelajar IPT

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, October 17, 2012 | 9:13 PM

Kuala Lumpur: Tawaran program pemilikan kereta terbaru Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kepada pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan.

Pakej promosi istimewa 'What's Up Graduates' itu memberikan peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir untuk memiliki kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan, bergantung kepada pinjaman bank yang ditawarkan institusi kewangan.
Taja kelas memandu

Pengarah Jualan dan Pemasaran PERODUA, Zahari Husin, berkata pakej itu turut termasuk tajaan kelas belajar memandu bernilai RM1,000, perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 dan diskaun 50 peratus bagi servis asas selama dua tahun di 170 pusat servis PERODUA di seluruh negara.

"Tawaran ini terbuka untuk pembelian semua kereta model PERODUA, tetapi ia tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menerusi tawaran bermula 10 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Mac 2013, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar serta membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

Bayaran serendah RM299 sebulan itu hanya ditawarkan untuk bayaran bulanan bagi tahun pertama saja dan bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehingga habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger