Home » » Pelajar Sekolah Menengah Pulau Sebang maut tengkuk patah ditindih rakan

Pelajar Sekolah Menengah Pulau Sebang maut tengkuk patah ditindih rakan

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, October 24, 2012 | 5:29 PM

ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang, K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.
 
Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan mahkamah.
Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek berkenaan
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger