Home » » 'MYMEN PLUS' beracun

'MYMEN PLUS' beracun

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, October 2, 2012 | 5:40 PM

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tradisional MYMEN PLUS Capsule 400mg berikutan pembatalan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu.

Ini kerana produk itu didapati mengandungi racun berjadual tadalafil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan semalam.
Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah serius seperti hilang penglihatan atau pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung, katanya.

Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan itu hanya boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

Tadalafil atau analognya tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional, kata Dr Hasan.

Sesiapa yang mempunyai stok produk MYMEN PLUS Capsule 400mg dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger