Home » » Masjid Al Hidayah terima sumbangan RM540,000

Masjid Al Hidayah terima sumbangan RM540,000

Tuke Tulih Admin pado Friday, October 26, 2012 | 5:47 AM

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji yang dibuat beliau beberapa bulan lalu untuk membantu Masjid Al Hidayah, Taman Melawati dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM540,000 kepada masjid berkenaan di sini, malam tadi.
Sumbangan disampaikan kepada pihak pengurusan masjid oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Pengerusi Barisan Nasional Gombak, Abdul Rahim Kamarudin, mewakili Muhyiddin.
"Beliau (Muhyiddin) singgah menunaikan solat selepas selesai aktiviti melawat kawasan dan ketika itu pengerusi masjid berjumpa beliau dan memohon supaya beliau membantu membiayai aspek pembangunan masjid.
Pengerusi Masjid Al Hidayah, Sirol Aflah Hassan Basri
"Secara spontan permintaan itu diluluskan," kata Abdul Rahim kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek tersebut kepada Pengerusi Masjid Al Hidayah, Sirol Aflah Hassan Basri.
Menurut Abdul Rahim, bantuan tersebut mencakupi sumbangan melalui Jabatan Perdana Menteri dan sumbangan peribadi Muhyiddin. — BERNAMA
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger