Home » » Final Piala Malaysia: Hujan rahmat, kata penyokong

Final Piala Malaysia: Hujan rahmat, kata penyokong

Tuke Tulih Admin pado Saturday, October 20, 2012 | 9:09 PM

SHAH ALAM - Kira-kira satu jam lagi sebelum perlawanan akhir bermula, hujan turun membasahi Stadium Shah Alam, yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pusat bandar raya Shah Alam.
Sokongan yang diberi dari ribuan penyokong kepada pasukan pilihan masing-masing terbukti, mereka langsung tidak beranjak dari tempat duduk malah terus bersorak dengan penuh semangat.
"Ini hujan rahmat! Walaupun hujan, kami tetap akan di sini sehingga tamat perlawanan," kata seorang penyokong tegar The Red Warriors, Jailani Mustafa, 27,  ketika ditemui oleh Sinar Harian Online, lewat petang tadi.
Berlainan pula dengan seorang penyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Saiffuddin Isa, 29, tiba seawal jam 3 petang tadi.

Rugi kalau tak tengok

"Hujan air, bukannya hujan batu lagi pun, memang sekarang musim hujan.
"Saya akan setia sehingga perlawanan bermula, rugi kalau tak tengok," katanya dengan penuh semangat.
Begitulah hangatnya suasana di stadium.
Walaupun hujan mereka tetap tidak mahu beranjak demi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Menurut laporan seorang anggota keselamatan yang sedang bertugas, Ahmad Fitri, keadaan masih selamat walaupun hujan.
Para penyokong masih boleh dikawal, katanya.
"Setakat ini penyokong tidak melakukan perkara yang tak diingini. Keadaan mereka masih terkawal," katanya.

Gamat

Suasana di stadium memang gamat dengan sorakkan, nyanyian dan pukulan gendang oleh pasukan kelab masing-masing.
Hujan dijangkakan akan reda sebelum perlawanan akhir Piala Malkaysia akan bermula jam 8.45 malam.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger