Home » » Faekah Husin Akhirnya Terima Kritikan Zuraida.

Faekah Husin Akhirnya Terima Kritikan Zuraida.

Tuke Tulih Admin pado Sunday, October 7, 2012 | 2:31 AM

PETALING JAYA 7 Okt. - Kritikan beberapa pimpinan PKR Selangor berhubung kenyataan balas Faekah Husin terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akhirnya diterima secara terbuka.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor itu menjelaskan, beliau tidak akan membuat ulasan berkenaan sebarang kenyataan yang menyentuh kedudukan bosnya itu.

"Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar. Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen," katanya yang turut disiarkan menerusi Sinar Harian Online.

Berkenaan kritikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin tempoh hari, Faekah mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan teguran sedemikian malah berlapang dada dan akan mengikuti nasihatnya.

Zuraida semalam telah membidas tindakan Faekah yang mengkritik kenyataan Azmin Ali berhubung penukaran jawatan Menteri Besar Selangor jika Pakatan Rakyat mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger