Home » » Asus lancar PadFone 2

Asus lancar PadFone 2

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, October 16, 2012 | 5:30 PM

SYARIKAT teknologi pengkomputeran Asus melancarkan telefon pintar empat teras terbaru, Asus PadFone 2 dengan sokongan stesen tablet untuk transisi paparan kepada saiz 10.1 inci yang lebih fleksibel.
Ketua Pegawai Operasinya, Jerry Shen berkata, kombinasi kedua-duanya memberi keunikan kepada produk itu kerana menawarkan pengguna pilihan operasi sama ada telefon atau tablet pada bila-bila masa.

"Selain rekaan elegan, PadFone 2 mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan berat hanya 649 gram apabila disambung ke stesen tablet PadFone 2.
"Prestasinya juga sangat lancar berikutan mengaplikasikan pemproses Qualcomm SnapDragon S4 dan dilengkapi storan web Asus sehingga 500GB," katanya pada pelancaran Asus PadFone 2 di Taipei, Taiwan semalam.

Model itu juga disempurnakan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), sambungan rangkaian LTE dan resolusi kamera 13 megapiksel.

Difahamkan, model telefon pintar itu yang belum ditentukan harga pasarannya, dijangka memasuki pasaran Malaysia pada akhir tahun ini. Ketika ini, telefon itu dijual di Taiwan pada harga RM2,590 seunit.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger