Home » » Akhirnya Nik Aziz Buka Tembelang Pas Sendiri Perjuangan Hudud, Negara Islam Hanya Retorik Palsu

Akhirnya Nik Aziz Buka Tembelang Pas Sendiri Perjuangan Hudud, Negara Islam Hanya Retorik Palsu

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, October 16, 2012 | 10:11 PM

KOTA BHARU 15 Okt – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13Pas hari ini adalah bukti bahawa Pas bukanlah parti yang sebenarnya ikhlas memperjuangkan Islam.
Justeru Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof menyifatakan perjuangan Hudud dan Negara Islam serta apa jua yang disebut serta didendangkan dalam siri ceramah mereka hanyalah perjuangan kosmetik semata-mata kerana matlamat mereka hanyalah untuk kuasa sehingga sanggup untuk terus bekerjasama dengan DAP walaupun parti itu jelas menentang hudud dan Negara Islam.
 
"Sudah jelas dan sudah terang… Apa lagi yang mereka mahu sembunyikan dan apa lagi yang mahu mereka putar belitkan. Bukankah sudah jelas jika itulah nawaitunya dan jika itulah hasratnya, bukankah kemenangan yang dicari dan kuasa yang dimpi-impikan.
"Pakailah ayat apa sekalipun dan keluarlah dalil serta nas sekalipun…tujuan Pas hari ini terbukti iaitu untuk mencapai kuasa semata-mata dan bukannya seperti yang diwar-warkan di dalam ceramah," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.
Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah sesungguhnya kepalsuan akan lenyap dan perkara yang batil akan tenggelam apabila datangnya kebenaran dan hakikat itu terkandung di dalam ayat Al-Quran.
 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : katakanlah wahai Muhammad telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan sesungguhnya sesuatu yang batil itu pasti akan lenyap jua akhirnya.
 
Jelas beliau Pas hari ini umpama menyorokkan ikan perkasam atau menyorokkan buah durian yang akhirnya diketahui umum dan terdedah apa yang ingin disembunyikan itu.
"Sesunggunya Islam yang dibawa Pas adalah Islam parti dan bukannya Islam agama dan hukum Islam yang dicanang itu mengikut keperluan parti dan bukannya ikut keperluan agama.
"Sebab itulah saya sebutkan tadi benda yang palsu akan lenyap dan akan terdedah kebenarannya. Nak berselindung di sebalik ketayap, serban, jubah dan mahu  bertopengkan ayat Quran akhirnya Allah buka satu persatu kepalsuan yang diciptakan oleh mereka itu sehingga segala apa yang dituduh kepada UMNO pada satu ketika dahulu kini terpalit ke muka mereka sendiri", ujarnya
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger