Home » » PKR, Suaram, Malaysiakini satu entiti?

PKR, Suaram, Malaysiakini satu entiti?

Tuke Tulih Admin pado Sunday, September 16, 2012 | 5:44 PM

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan portal propembangkang, Malaysiakini disifatkan sebagai entiti yang berkongsi matlamat sama iaitu memburukkan negara dan menjatuhkan kerajaan melalui bantuan dana asing.
 
Pengasas PKR, Ng Lum Yong (gambar) mendakwa, perkara itu jelas kerana ketiga-tiga organisasi berkenaan terbukti mendapat bantuan kewangan atau mempunyai kaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar seperti Open Society Institute dan Konrad-Adenauer-Stiftung.
Bagaimanapun katanya, PKR, Suaram dan Malaysiakini selama ini berjaya mengaburi mata masyarakat kononnya bukan entiti sama apabila bergerak melalui topeng politik, kumpulan pendesak serta portal berita.
"Sejak saya di dalam PKR lagi, Suaram memang terbukti banyak bekerjasama dengan parti itu dan ia bukanlah rahsia kepada pimpinan tertinggi serta penyokong parti.
 
"Portal propembangkang Malaysiakini pula memang ada menerima saluran dana daripada Suaram serta bantuan berkaitan dan saya tahu ia berlaku sejak 1998 lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, kerajaan mendedahkan Suaram menerima dana lebih RM0.5 juta daripada Open Society Institute yang diasaskan penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros antara 2007 hingga 2010.
Sebelumnya, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam mendakwa, PKR, Suaram dan Malaysiakini mempunyai kaitan dengan Soros melalui dana yang disalurkan NGO antarabangsa.
 
Sementara itu, Lum Yong berkata, kesemua kaitan tersebut menunjukkan NGO luar yang berhasrat menumbangkan kerajaan mungkin turut menyalurkan dana bagi tujuan demonstrasi jalanan besar-besaran seperti perhimpunan haram Bersih di ibu negara dan tunjuk perasaan anti-Lynas di Kuantan.
"Kerajaan perlu segera membawa perkara ini ke mahkamah dan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat melalui saluran undang-undang agar negara tidak terus diperkotak-katikkan golongan tidak bertanggungjawab," katanya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger