Home » » Penjaja tertindas 'serbu' majlis Hari Raya DAP. Macam ni ke kawan PAS?

Penjaja tertindas 'serbu' majlis Hari Raya DAP. Macam ni ke kawan PAS?

Tuke Tulih Admin pado Thursday, September 6, 2012 | 3:53 AM

M. Balakrisnan mengadakan sidang akhbar selepas Abdul Malik Kassim enggan keluar untuk bersemuka pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP di luar Balai Rakyat Jalan Patani Georgetown semalam. - UTUSAN/ ismail kamadin

PULAU PINANG 5 Sept. - Berang dengan layanan acuh tidak acuh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap mereka, sekumpulan penjaja di Padang Kota Lama nekad 'menyerbu' majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP malam tadi.
Kira-kira 20 penjaja termasuk ahli keluarga mereka berhimpun di luar Balai Rakyat Jalan Patani di sini bermula pukul 8 malam sambil membawa kad-kad yang antaranya tertera perkataan 'Lim Guan Eng pembohong', 'Mana janji Lim Guan Eng nak tolong nasib peniaga?' dan 'Mana Exco Melayu? Mana janji PRU-12'.
Mereka turut berteriak memanggil Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim supaya keluar untuk bersemuka.
 
Mereka juga meminta penganjur menyampaikan permintaan tersebut selepas tiada respons diberikan oleh Abdul Malik.
Namun, permintaan mereka seperti tidak diendahkan oleh Abdul Malik yang terus menjamu selera dengan para tetamu.
Kecewa dengan keadaan tersebut, mereka cuba memasuki dewan berkenaan tetapi dihalang oleh beberapa ahli jawatankuasa penganjur sehingga mencetuskan suasana tegang dan hampir berlaku pergaduhan.
 
Kumpulan penjaja itu kemudiannya berkumpul di pintu pagar untuk menunggu Abdul Malik keluar dari kawasan tersebut.
Melihat keadaan itu, berpuluh-puluh penyokong pembangkang terpaksa membuat formasi rantaian di sekeliling kenderaan Abdul Malik bagi menghalang kumpulan penjaja berkenaan merempuhnya.
Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana sebelum itu kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dihalang dan ada di antara penjaja tersebut yang melompat ke atasnya.
Suasana kecoh tersebut akhirnya selesai kira-kira sejam kemudian apabila sepasukan anggota polis tiba dan menempatkan balai bergerak di situ bagi mengawal keadaan.
 
Wakil kumpulan penjaja berkenaan, M. Balakrishnan, 55, berkata, mereka terpaksa berbuat demikian kerana itu sahaja cara untuk bertemu para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang terutama yang menjaga kebajikan peniaga kecil.
Dia yang menyediakan khidmat refleksologi di Padang Kota Lama menjelaskan, sejak enam bulan lalu pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sering menghalau mereka daripada berniaga dari lokasi tumpuan pelancong itu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.
Menurutnya, mereka ada memohon lesen tetapi sehingga kini tidak diberikan malah aduan mereka kepada pemimpin kerajaan negeri juga seolah-olah tidak dilayan.
"Kami hanya mencari makan di situ dan selama ini kamilah yang menjadi tumpuan para pelancong.
"Kami mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng turun padang dan selesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari dan jika tidak, kami akan mengadakan demonstrasi besar-besaran," katanya yang berniaga di Padang Kota Lama sejak lapan tahun lalu.
 
Peniaga rojak, Aminah Mat, 55, berkata, sejak enam bulan lalu barangannya sering dirampas oleh MPPP.
Katanya, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dulu, keadaan seumpama itu tidak pernah berlaku.
"Saya berniaga menggunakan trak kecil di Padang Kota Lama sejak 16 tahun lalu.
"Kami hanya mencari rezeki halal, kami tidak buat kacau di situ pun," ujarnya sedih.
Sementara itu, Abdul Malik ketika dihubungi di sini menyifatkan tindakan penjaja tersebut bermotifkan politik dan sengaja dilakukan bagi mencetuskan kekecohan.
"Tiada apa yang mahu saya komen. Semua ini bermotifkan politik, sengaja mahu cetuskan kekecohan," katanya.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger