SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan mengemukakan tawaran baru berhubung penstrukturan semula air di negeri ini kepada empat syarikat iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) pada minggu kedua bulan depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu dikemukakan selepas beliau menerima surat daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang bersetuju untuk Kerajaan Negeri mengemukakan beberapa usaha supaya industri air di negeri ini dapat disusun kembali secara holistik.
Awal bulan lalu Kerajaan Negeri mengumumkan akan membentangkan cadangan dan juga kertas kerja berhubung perkara itu.
"Proses ini telah kita sediakan dan saya akan umumkan tawaran tersebut kepada empat syarikat yang mempunyai operasi air di negeri ini iaitu Syabas, Splash, Abbas dan Puncak Niaga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung penstrukturan semula air di negeri ini.
Sebelum ini keempat-empat syarikat konsesi air itu ditawarkan RM95 bilion bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat penstrukturan semula industri air namun ia ditolak oleh Syabas dan Puncak Niaga.
Dalam pada itu, Abdul Khalid menolak kenyataan Peter Chin bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, ia tidak menyebabkan tarif air naik sehingga 70 peratus kerana tiada perkara percuma.
"Untuk bina loji tersebut ia memerlukan dana dan dana itu mesti juga dibayar sama ada melalui cukai atau kos tarif yang akan disalurkan pembayaran tersebut.
"Tiada satu perkara percuma kerana sekiranya ada geran diberi kepada Selangor ia adalah hasil kutipan cukai rakyat dan dibayar dari awal. Ia menunjukkan beliau kurang faham tentang belanjawan negara," katanya.
Ketika ditanya pemberita sekiranya rakyat yang tidak menerima subsidi air percuma seperti dijanjikan Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum lalu ingin mengambil tindakan undang-undang, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan tindakan itu.
"Perjanjian paling penting pengumuman kita sejak 2008 kita hanya beri air percuma kepada mereka-mereka yang mempunyai meter persendirian.
Kita dah minta Syabas selesaikan masalah meter persendirian yang dipersetujui sejak 2007 iaitu program untuk tukar meter pukal kepada meter persendirian.
"Kalau mereka nak ambil tindakan undang-undang boleh kerana kita tiada perjanjian," katanya.
Dalam perkembangan sama, ketika ditanya berhubung manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini menyatakan semua rakyat negeri ini layak menerima air percuma dan tidak menyebut meter persendirian atau meter pukal, Abdul Khalid berkata, manifesto bukanlah satu perjanjian.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan usaha untuk melaksanakan undang-undang anti lompat parti seperti dicadangkan oleh Pulau Pinang.
Menurutnya, perkara tersebut dibincangkan oleh pucuk pimpinan PR.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara tersebut bukan isu sebenar kerana apa yang lebih penting PR belajar daripada pengalaman lalu dalam memilih calon mewakili parti.
"Kita kena buat pemilihan betul-betul dan pilih mereka yang benar-benar bersedia mewakili parti," katanya.

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment