Home » » Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan Tindakan Kurang Bijak

Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan Tindakan Kurang Bijak

Tuke Tulih Admin pado Thursday, July 26, 2012 | 9:19 PM

 
 
SEKINCHAN, 26 Julai – Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) kecewa dan dukacita dengan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, apabila beliau tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan seperti yang didedahkannya baru-baru ini.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, Ng Suee Lim tidak menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu ini sebaliknya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan.
"Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan–persoalan yang diberikan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor yang dibuat bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Ini adalah suatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB, apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran."
Katanya, penjelasan bahawa penjualan pangsapuri di bawah dari harga pasaran dibuat kerana hanya sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal apatah lagi NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010.
"Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini diberikan tender tersebut sedangkan apakah asas syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1 bulan lebih sehingga mendapat tender tersebut?," ujarnya selepas membuat laporan polis bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku ini.
 
Tambahnya lagi, alasan MDSB kononnya tidak mementingkan keuntungan yang mengakibatkan penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan hak penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar yang berpeluang mendapakan hartanah tersebut.
"Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 sementara pada 4 November 2010 Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender tersebut?
"NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?," soalnya lagi.
Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab.
"Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri dan kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger