KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan boleh ibaratkan sebagai syok sendiri apabila menyatakan DAP sedia berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud serta Pas adalah parti tunjang dalam pakatan pembangkang.
Kenyataan itu dibuat oleh Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi, Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia, (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini sedangkan apa yang dinyatakan itu adalah sekadar tanggapannya sendiri.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Nasruddin bukan sahaja syok sendiri tetapi untuk menutup kelemahan Pas yang semakin ketara mengikut telunjuk DAP.
"Macam mana Nasrudin boleh menyatakan DAP sudah bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, sedangkang pengerusinya , Karpal Singh menyatakan beliau dan partinya tidak pernah berkompromi berhubung perkara itu.
"Mengapa kita perlu menipu, Nasrudin perlu menerima kenyataan bahawa Pas belum lagi dapat menawan DAP, tidak perlu berbohong hanya untuk mendapatkan sokongan, beliau sepatutnya sedar Pas masih belum diterima sepenuhnya oleh DAP dan mereka hanya dipergunakan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
"Tidak perlulah menegakkan benang basah, Karpal sudah pun buat kenyataan dan menafikan apa yang dinyatakan Nasharudin, ia adalah suatu tamparan kepadanya kerana apa yang dinyatakan itu disanggah oleh tuan punya badan," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Mazlan berkata, nampaknya sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin Pas nampak lebih cenderung bercakap sesuatu yang tidak ada kepastian atau bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang.
"Dulu Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terpaksa memohon untuk bertanding 80 kerusi kerana nak jadi tunjang kepada pembangkang, tetapi perkara itu nampaknya tidak dilayan oleh DAP mahu pun PKR.
"Kini, Nasrudin pula mencuba nasib tetapi tidak kesampain , kononnya DAP sudah berkompromi dengan Pas tetapi disanggah oleh Karpal sendiri, dari apa yang berlaku itu menunjukkan Pas kini terpaksa bertindak sendirian untuk dapat sokongan walaupuan tiada restu daripada rakan-rakan sekutunya," katanya.
Beliau berkata, semakin hampir dengan pilihan raya, semakin banyak kenyataan mengelirukan dan tiada kepastian yang hanya bertujuan untuk menarik balik sokongan rakyat kepada mereka yang semakin tersasar berikutan perjuangan Pas yang dilihat tidak seperti dahulu sejak bersama DAP dan PKR
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment