Home » » Pas Tidak Ikhlas Perjuang Institusi Raja – Ahmad Maslan

Pas Tidak Ikhlas Perjuang Institusi Raja – Ahmad Maslan

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, June 19, 2012 | 3:37 AM

Bagan Serai– PAS tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.
"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar.
"Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain…jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.
Ahmad mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu.
Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan PAS supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka 'mendaulatkan' parti.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger