Home » » Krisis ‘Keluarga 69’ Selangor - Masing2 nak kuasa ya

Krisis ‘Keluarga 69’ Selangor - Masing2 nak kuasa ya

Tuke Tulih Admin pado Thursday, June 21, 2012 | 5:37 PM

 
 
KUALA LUMPUR 21 Jun – Krisis 'keluarga 69' di Selangor antara Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR negeri itu, Azmin Ali dan Setiausaha Politik MB, Faekah Husin bakal menjadi satu drama yang bakal menggegarkan dunia politik dalam masa terdekat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nadzmi Rosli berkata sebelum bercerita lebih lanjut alangkah elok diimbau sepintas lalu asas pemilihan Faekah sebagai Setiausaha Politik Khalid bagi menggantikan Nik Nazmi pada waktu tersebut.
Menurut beliau tidak salah diperkatakan bahawa pemilihan Faekah adalah semata-mata untuk mengurangkan kuasa Azmin dalam parti sekaligus mengukuhkan cengkaman Khalid terhadap kerusi empuk yang didudukinya hari ini.
"Bayangan awal atau mesej perkara berkenaan saya dah nampak pada waktu itu. Ini kerana bukankah jawatan Setiausaha Politik adalah orang penting dalam mencaturkan pergerakan dan segala-galanya untuk 'boss' dia.
 
Usaha jatuhkan Fekah
"Jadi dalam soal ini perkara tersebut tidak boleh diselindung lagi. Kenapa saya katakan begitu… ini kerana dalam struktur parti pun dah tak betul. Bukankah satu perkara yang pelik dan janggal MB adalah Khalid manakala Pengerusi PKR negeri adalah Azmin.
"Dan cuba kita bayangkan…ketika mesyuarat pentadbiran negeri, Khalid yang berkuasa manakala ketika mesyuarat parti pula, Azmin berkuasa. Ini tentunya menimbulkan konflik sekiranya masing-masing menggunakan 'power' yang ada di tangan. Sebab itulah saya gelarkan mereka ini keluarga 69," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
 
Mohd Nadzmi seterusnya menambah krisis dan pertembungan keluarga 69 itu dijangka akan beterusan dan mungkin kemuncaknya akan berlaku menjelangnya PRU ke-13 nanti.
"Apa yang saya nampak seolah-olah mereka ini antara Azmin, Khalid dan Faekah telah membuat persedian rapi dalam usaha mengukuhkan kedudukan masing-masing dan saya tidak menolak kemungkinan besar cantas-mencantas akan berlaku selepas ini.
"Seperti yang diperkatakan umum Azmin berhasrat untuk pergi ke kerusi empuk dan Khalid tentunya mahu mempertahankan kedudukan beliau. Jadi dalam perkara ini hanya Fakeah yang jadi batu penghalang.
"Sebab itulah saya sebutkan diatas itu yang mana akan berterusan dan kepada rakyat nilailah dan lihatlah bagaimana perangai golongan ini yang dilihat bukannya untuk memperjuangkan rakyat tetapi adalah sebaliknya," ujar beliau
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger