Pendedahan berani Umi Hafilda tampil menunjukkan bukti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga abang kandungnya mempunyai asset bernilai RM30 juta dengan salinan dokumen pembelian asset tersebut semestinya satu perkara yang mesti diambil serius terutama di kalangan paktan pembangkang.
Apa yang didedahkan menunjukkan Azmin Ali dan isterinya Shamsidar menguasai kekayaan yang luar biasa. Ini bukan dakwaan kosong tapi berserta bukti. Ini bukan main-main tuduh.. bak kata dalam satu dialoh dalam filem Pendekar Bujang Lapok…"ini bukan cobaan tapi betul-betul.."
Oleh itu, Azmin Ali perlu lakukan sesuatu untuk membuktikkan dirinya tidak bersalah bukan sekadar membidas tindakan Umi Hafilda yang mahu SPRM melakukan siasatan terperinci terhadap beliau.
Tidak wajarlah sekiranya Azmin Ali hanya menafikan dan tuduh pula ia satu konspirasi menjelang pilihanraya umum. Lagi sekali ditekankan di sini ia bukan sekadar cakap-cakap kosong atau dakwaan kosong tapi ada bukti dokumen.
Azmin Ali perlu bersihkan namanya yang tercemar sekiranya tidak terlibat dengan pemilikan harta bernilai hampir RM30 juta bersama isterinya.
Rakyat mahukan penjelasan sebenar dakwaan tersebut, bukan sekadar penafian semata-mata. Azmin Ali tidak perlu rasa takut sekiranya beliau tidak bersalah dalam hal tersebut sebaliknya tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya.
Rakyat semakin kelliru kerana Umi Hafilda tampil dengan bahan bukti, manakala Azmin Ali terus berdiam diri dengan tuduhan tersebut dan sekadar menafikan sajak. Dimanakah kebenarannya sekiranya Azmin Ali tidak lakukan sesuatu untuk membuktikan ianya sekadar fitnah semata-mata.
Untuk mengelakkan rakyat terus ditipu, ada baiknya kita mendoakan pihak SPRM segera melakukan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Biarpun Azmin Ali enggan membuat pengakuan dan penjelasan sebenar kepada rakyat.
Kata orang tua diam itu tanda setuju…. elok juga Azmin luangkan masa untuk tonton filem Pendekar Bujang Lapok dan amati alah satu dialog dalam filem itu… "ini bukan cobaan tapu betul-betul…"
Ruminah, Johor Bharu
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment