KANGAR: Sembilan daripada 11 pemain bola sepak Perlis yang beraksi pada perlawanan pertama menentang Majlis Perbandaran Muar, 9 Januari lalu, dikatakan mengadakan pertemuan dengan seorang ejen bookie yang juga bekas pemain bola sepak tempatan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan perkara itu berkata, dalam pertemuan itu pemain terbabit termasuk awang import baru pasukan Perlis musim ini turut ditawarkan RM100,000 setiap seorang sebagai imbuhan menjual perlawanan.
"Semua pemain itu membabitkan pemain baru dan lama mengadakan pertemuan dengan ejen berkenaan di Alor Setar, Kedah, pada malam sehari sebelum perlawanan pertama menentang MP Muar," katanya pada sidang media di pejabat Yayasan Pok Kassim, di sini, semalam.
Menurutnya, maklumat itu diperoleh hasil mesyuarat PFA bersama pemain dan pihak pengurusan selepas kekalahan mengejutkan 2-7 Perlis kepada MP Muar.
"Kita mendapat pelbagai maklumat selepas mesyuarat, antaranya pemain termasuk pemain import ditawarkan RM100,000 bagi menjual perlawanan berkenaan, namun mereka menolak tawaran itu.
"Justeru itu, kami tidak menolak kemungkinan semua sembilan pemain yang bertemu dengan ejen bookie itu ada berbincang sesuatu yang mencurigakan," katanya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment