GEORGE TOWN - Seorang tukang cuci di pusat beli-belah  Times Square di sini  terkejut apabila menemui sepucuk  pistol jenis Barette bersama 10 butir peluru  di sebuah setor  dalam tandas kompleks berkenaan pada pukul 6.30 petang  semalam.
Lelaki terbabit dikatakan mahu mengambil peralatan mencuci yang  disimpan di  dalam bilik berkenaan sebelum menemui senjata  api separa automatik yang  diletakkan di atas lantai.
Difahamkan, pistol yang berisi 10 butir peluru 9mm itu  berada dalam keadaan  bersiap sedia untuk digunakan pemiliknya.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment