Home » » LAHAD DATU - Jurucakap Kiram nafi Azzimuddie larikan diri

LAHAD DATU - Jurucakap Kiram nafi Azzimuddie larikan diri

Tuke Tulih Admin pado Sunday, March 17, 2013 | 5:43 PM

MANILA - Jurucakap Jamalul Kiram III semalam menafikan bahawa Raja Muda Azzimuddie Kiram telah melarikan diri ke tanah airnya, Filipina.
Pada bulan lalu, Azzimuddie mengetuai lebih 200 pengganas menceroboh Sabah di Malaysia untuk menuntut negeri berkenaan.
Pengganas-pengganas Jamalul Kiram telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Sabah kerana mendakwa negeri itu milik Kesultanan Sulu berdasarkan faktor sejarah.
 
Kumpulan tersebut membina sebuah kem di Sabah pada 12 Februari lalu untuk melaksanakan tuntutan mereka sekali gus mencetuskan isu diplomatik dan keselamatan kepada Manila dan Kuala Lumpur.
Konfrontasi itu meletus menjadi pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.
Beberapa laporan dari Malaysia memetik panglima angkatan tentera negara itu, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin sebagai berkata bahawa Azzimuddie telah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Filipina.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan Malaysia bahawa laporan yang diterima menunjukkan raja muda itu tidak lagi bersama kumpulannya di Sabah.
 
Namun, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani menafikan kedua-dua laporan tersebut.
Dalam satu jawapan bertulis kepada agensi berita dpa, dia berkata: "Itu tidak benar. Dia (Azzimuddie) masih berada di Sabah."
Dalam pada itu, polis di Tawi-Tawi iaitu pulau di wilayah Mindanao yang paling dekat dengan Sabah masih mencari tanda-tanda bahawa Azzimuddie mungkin melarikan diri ke sana.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger