Home » » LAHAD DATU - Jamalul Kiram berang anggota keluarganya ditangkap

LAHAD DATU - Jamalul Kiram berang anggota keluarganya ditangkap

Tuke Tulih Admin pado Tuesday, March 26, 2013 | 9:11 PM

MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.
Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.
 
Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.
Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.
Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.
Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon semalam.
"Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.
 
"Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an," kata Idjirani.
Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina.
Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger