Home » » ISU saman Shahrizat ke atas Rafizi

ISU saman Shahrizat ke atas Rafizi

Tuke Tulih Admin pado Wednesday, March 20, 2013 | 2:56 AM

Kuala Lumpur: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa dakwaan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli, yang mengaitkan dirinya dengan isu National Feedlot Corporation (NFCorp) adalah sangat serius.

Shahrizat ketika menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Mohd Rafizi, berkata ini kerana dakwaan itu disasarkan kepada beliau semata-mata, bukannya kepada keluarga, suaminya atau syarikat NFCorp.
Memohon maaf


Sehubungan itu, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak bersetuju dengan cadangan Ranjit bahawa kenyataan Mohd Rafizi, yang meminta beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia berhubung isu NFCorp atas dasar tanggungjawabnya sebagai menteri (ketika itu) dan Ketua Wanita UMNO.

"Saya akan memohon maaf jika saya ada buat salah. Tiada siapapun yang meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat supaya memohon maaf kerana tindakan suaminya," katanya.

Shahrizat berkata demikian dalam perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta difailkan terhadap Mohd Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mendakwa kedua-dua defendan mengadakan kenyataan akhbar mengecam NFCorp, bekas Pengerusi Eksekutif syarikat itu yang juga suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya.

Tiada kena mengena
Sementara itu, Shahrizat berkata, beliau tiada kena mengena dengan pemberian projek kepada NFCorp kerana portfolio yang dipegangnya ketika menjawat jawatan menteri tiada kaitan dengan pertanian.

" Tiada siapapun yang berbincang dengan saya mengenainya, perkara ini juga tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Kabinet dan tiada kaitan dengan portfolio saya," katanya.

Perbicaraan di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera bersambung 10 April depan.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger