Home » » GEMPAR - Rokok elektronik berbahaya

GEMPAR - Rokok elektronik berbahaya

Tuke Tulih Admin pado Monday, March 18, 2013 | 5:41 PM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.
 
Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
"Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.
 
"Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger