Home » » Cerita Sebenar Disebalik Kejadian Bumbung Stadium Terengganu Yang Runtuh

Cerita Sebenar Disebalik Kejadian Bumbung Stadium Terengganu Yang Runtuh

Tuke Tulih Admin pado Monday, March 4, 2013 | 2:31 AM

Heboh dimainkan oleh pengamal media maya bahawa Stadium Sultan Mizan runtuh buat kali kedua. Penulis dengan segera ke tempat kejadian bagi menghubungi beberapa pekerja di sana untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang kejadian yang berlaku.

Apa yang melucukan adalah setibanya penulis di sana, khabar angin yang disebarkan adalah tidak tepat sama sekali.
Ini kerana Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula sejak bulan lepas.
 
Proses ini dilakukan bagi menggantikan bumbung yang lebih sesuai bagi stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam erti kata lain, bumbung berkenaan 'memang perlu dirobohkan' kerana ianya merupakan salah satu proses dalam penggantian bumbung baru.
Diharap pihak yang menyebar khabar angin dan gambar-gambar proses pembinaan semula terutama dari pembangkang, tidak menjadikan perkara sebagai satu isu dalam menunjukkan kecuaian mana-mana pihak dan mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger