Home » » 7 staf KUIN diberi surat tunjuk sebab, rakyat di aniaya

7 staf KUIN diberi surat tunjuk sebab, rakyat di aniaya

Tuke Tulih Admin pado Thursday, February 28, 2013 | 4:34 PM

Alor Setar: Tujuh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) semalam menerima surat tunjuk sebab daripada pengurusan kolej berkenaan, susulan desakan dibuat mereka berhubung dakwaan penyelewengan di pusat pengajian terbabit.

Perkara itu disahkan Penolong Pendaftar Kanan KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim yang turut berada dalam senarai kumpulan kakitangan berkenaan yang diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan jawapan selepas didakwa menjatuhkan nama baik KUIN.
"Kami berdepan tindakan termasuk digantung atau dibuang kerja jika gagal mengemukakan jawapan dalam tempoh 14 hari," katanya ketika ditemui selepas bersama-sama kira-kira 200 kakitangan serta pelajar KUIN berhimpun sempena demonstrasi Bersih KUIN 1 Gelombang Putih di Jalan Suka Menanti, di sini semalam.

Kami berdepan tindakan termasuk digantung atau dibuang kerja jika gagal mengemukakan jawapan dalam tempoh 14 hari," Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN

Suarakan bantahan

Perhimpunan itu bagi menyuarakan bantahan terhadap pengurusan KUIN terutama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu, selain mendesak pengurusan KUIN mempertimbangkan tujuh tuntutan dalam memorandum yang dihantar kakitangan sebelum ini.

Sementara itu, Azki berkata, tindakan KUIN mengeluarkan surat tunjuk sebab itu membuktikan pintu rundingan di antara kedua-dua pihak sudah tertutup, malah semua kakitangan terbabit sepakat berpendirian tiada sebab mereka terus berunding.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger