Home » » 300 petugas di Bangunan LHDN di Kg Attap gempar dengan panggilan "bom"

300 petugas di Bangunan LHDN di Kg Attap gempar dengan panggilan "bom"

Tuke Tulih Admin pado Monday, October 15, 2012 | 8:17 AM

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 petugas di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur, Kampung Attap di sini digemparkan hari ini dengan panggilan mengenai "lima butir bom" akan diletupkan.
Panggilan tersebut diterima oleh seorang operator telefon LHDN kira-kira jam 9.30 pagi mengakibatkan petugas di bangunan bergegas mengosongkan bangunan setinggi 21 tingkat itu.
Seorang pekerja Kumpulan Wang Simpanan Guru yang ditempatkan di bangunan berkenaan, Aishah Salim berkata, beliau difahamkan operator telefon tersebut menerima panggilan yang mengatakan terdapat bom dalam salah satu pejabat LHDN di bangunan itu yang akan meletup jam 10.30 pagi.

"(Lelaki) Pemanggil tersebut mengatakan beliau tidak suka LHDN dan akan meletupkan pejabat LHDN yang terletak di tingkat 20 dan 21," kata Aishah, 40, kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima maklumat mengenai bom itu daripada seorang pegawai keselamatan bangunan tersebut jam 10.11 pagi sebelum menghantar unit bom ke tempat kejadian.

"Unit bom telah membuat 'flushing' di tempat kejadian dan kita juga arahkan semua staf untuk meninggalkan bangunan tersebut.

"Siasatan di tempat kejadian kemudiannya tidak menjumpai apa-apa yang disyaki dan pekerja dibenarkan memasuki bangunan semula," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger