Home » » Wanita miliki 29 keping kad kredit palsu dipenjara

Wanita miliki 29 keping kad kredit palsu dipenjara

Tuke Tulih Admin pado Thursday, October 11, 2012 | 3:53 AM

KUCHING - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 58 bulan dan denda RM14,500 terhadap seorang wanita yang berkerja sebagai pembantu tadbir selepas dia mengaku bersalah terhadap 29 pertuduhan memiliki kad kredit menggunakan nama orang lain.
Tertuduh, Dewi Susilawaty Suaidi, 37, yang bertugas di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak tenang selepas Majistret Maris Agan menjatuhkan hukuman tersebut.
 
Dewi Susilawaty didakwa memiliki 29 keping kad kredit pelbagai bank atas nama 16 wanita lain pada pukul 4.35 petang, 28 Ogos lalu di Taska Sichomel Alam Sanctuary, No. 4564 Lorong Sumber Alam 2D, Sumber Alam Sanctuary, Jalan Sultan Tengah.
Pendakwaan oleh Inspektor Yunus Sahak itu dilakukan mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon untuk menangguhkan hukuman penjara tersebut dan mahkamah membenarkannya dengan ikat jamin RM3,000 selain perlu membayar denda tersebut hari ini
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger