Home » » Sjil perakuan: JKM pantau operasi taska

Sjil perakuan: JKM pantau operasi taska

Tuke Tulih Admin pado Thursday, October 11, 2012 | 3:55 AM

SUNGAI PETANI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda memantau semua 43 taman asuhan kanak-kanak (taska) di daerah itu bagi memastikan taska terbabit memiliki sijil perakuan JKM menjelang tahun depan.
Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, tindakan tegas akan diambil jika masih ada pengusaha taska yang belum mempunyai sijil perakuan tahun depan.
 
"Dalam lawatan yang dilakukan JKM bermula semalam dan berakhir hari ini, lebih 20 kakitangan sudah melakukan pemeriksaan di 43 taska, untuk membantu berdaftar dengan JKM supaya operasi taska menepati garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Pendaftaran Taska dan Pusat Jagaan.
"Sasaran kita, menjelang 2013 semua taska mempunyai sijil perakuan atau mereka mungkin berhadapan dengan tindakan mengikut akta berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sebuah taska dekat sini hari ini.
 
Mohamad berkata, taska yang mempunyai sijil perakuan dapat memberi banyak manfaat kepada pelanggannya, terutama dari segi keselamatan anak-anak yang dihantar ke situ
Mohon Kongsi :

0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:

Post a Comment

Berito Baru Ni Bohh

Berito-berito Lamo

Berito Glemor Molek

Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Kota Bharu Bloggers - this is kelate - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger