Apakah Hukum Memakai Kanta Mata / Contact Lens di Bulan Ramadhan? Ramai yang bertanya mengenai hukum pakai contact lens pada bulan Ramadan.
Dengan entri ringkas ini, semoga dapat menjawab persoalan yang sedang bermain dalam minda.. Apakah diboleh memakai contact lens ketika berpuasa di bulan Ramadhan.
Hukum Pakai Contact Lens pada Bulan Ramadan
Soalan :
Saya ingin tahu hukum puasa apabila kita memakai contact lens. Apakah puasa saya terbatal?
Jawapan :
Di dalam Kitab Fiqh al-'Ibadat, muka surat 191:
"Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum."
Wallahu alam.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
Semoga terjawab persoalan Hukum Memakai Contact Lens di Bulan Ramadhan dan dapat sebarkan pada rakan-rakan lain.
0 ore tulih doh ni, demo bilo lagih?:
Post a Comment